Skip to main content

SUKMA

Para Sukma Selangor: Hasrat kerajaan negeri hapuskan stigma atlet kelas kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Najwan

"Atlet para bukan lagi kelas kedua" --  Kerajaan Negeri Selangor tampil komited apabila mengumumkan pemberian insentif yang sama kepada atlet para seperti atlet normal untuk temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.

Pendekatan setara itu menjadi pemangkin motivasi buat atlet para dalam misi memburu gelaran juara keseluruhan seiring dengan peranan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Advertisement

MSNS kini memikul sepenuhnya tanggungjawab pembangunan dan pengurusan kontinjen para Selangor selepas mengambil alih peranan itu daripada Jabatan Belia dan Sukan negeri bermula disember 2025.

"Kami memiliki indikasi daripada sains sukan, disiplin, nutrisi pemakanan dan jaga sesi latihan yang perlu mereka lengkapkan.

"Daripada aspek tersebut baru kita akan mempertimbang mereka mewakili Selangor.

"Ini tujuan negeri untuk menghapuskan stigma atlet para bukam atlet kelas kedua dan mendapat layanan sama dengan atlet normal," kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

"Satu motivasi terbaik. Ibarat sinar baharu buat atlet para," kata jaguh para negara, Ziyad Zolkefli.

MSNS melancarkan program 'Road to Champion' Para Sukma 2026 dan menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan kontinjen di Shah Alam hari ini.

Temasya Para Sukma 2026 akan mempertandingkan 10 jenis sukan dan dijadual berlangsung di daerah Klang dan Petaling Jaya dari 5 hingga 10 September ini, melibatkan 316 acara dengan tawaran 316 pingat emas.

Must Watch Video