Setelah tiga tahun berjuang melalui pelbagai rawatan kanser tulang di kaki kanannya sejak berusia 14 tahun, Ahmad Nazri Hamzah, terpaksa jua merelakan anggota badannya itu dipotong.
Biarpun mendapati dirinya dalam keadaan kekurangan, sukan memberi sinar baru buat bintang Para Sukan Malaysia (SUKMA) kontinjen Selangor ini.
Selepas membawa skuad bola keranjang para negara beraksi dalam beberapa temasya termasuk Sukan Komanwel Birmingham, Ahmad Nazri kini menggalas harapan tuan rumah yang menyasarkan lima pingat emas daripada tenpin boling sempena Para Sukma yang bakal berlangsung dari 7 hingga 10 September.
Dia mula menyertai skuad tenpin boling para Selangor pada 2020, bakat Ahmad Nazri terserlah melalui dua emas dalam edisi di Sarawak, dan kini mengidam untuk mengulangi kejayaan dua tahun lalu sambil mengintai untuk menawan acara trio pula.
"Doktor sahkan saya kanser dan terpaksa potong kaki, operasi ketujuh baru doktor sahkan ia merebak dan terpaksa dipotong.
"Tertekan itu ada sebagai tuan rumah, saya harap kami boleh muncul sebagai juara keseluruhan," katanya.
Meskipun menyenaraikan sembilan muka baru dalam kalangan 15 barisan anak buahnya, ketua jurulatih tenpin boling Para SUKMA Selangor, Shaikh Haznan Shaikh Hashim, tetap optimis bahawa mereka memiliki material sebagai juara.
"Persiapan kali ini agak agresif selaku tuan rumah dan tidak mahu lepaskan emas kepada negeri lain." tambahnya.