Skip to main content

Olahraga

Olahraga Remaja Dunia: Kalau boleh sampai awal elak jet leg, kata jurulatih pecut

ll

Pelari pecut sensasi wanita negara, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal, sedang melalui program transformasi prestasi demi mencapai kemuncaknya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B-20 di Oregon, Amerika Syarikat (AS) dari 5 hingga 9 Ogos depan.

Izzatul Musfirah layak secara merit ke kejohanan elit dunia itu selepas merekodkan kepantasan 11.71 saat dalam final Terbuka Malaysia bagi melepasi had kelayakan yang ditetapkan 11.78s.

Memandangkan Kejohanan Remaja Dunia tersebut begitu hampir dengan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, jurulatihnya, Khairul Azman Adenan, telah merangka program khusus buat pelari berusia 18 tahun itu menyinar dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

"Kami mengadakan latihan khusus yang dirangka untuk Oregon. Kami tambah kekuatan jisim otot bahagian bawah tubuhnya tetapi tidak mahu terlalu banyak mengganggu banyak program yang sudah diatur.

"Kami benar-benar menjaga segala aspek perkembangannya dan setiap kali ada peluang untuk melalui pemulihan, kami akan bawa ke Majlis Sukan Negeri Terengganu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Khairul Azman berharap, kontinjen negara berlepas awal ke Oregon memandangkan perjalanan jauh yang harus ditempuhi selain melicinkan fasa adaptasi dengan cuaca dan persekitaran dalam venue kejohanan.

"Terpulang kepada MSN dan Olahraga Malaysia kerana perubahan zon masa satu faktor besar yang mempengaruhi prestasi atlet. Jadi sangat perlu untuk ke sana lebih awal jika kita inginkan keputusan yang baik," katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video