Skip to main content

Olahraga

Olahraga MSSM: Peluang curi perhatian jurulatih pelapis kebangsaan

vcvv

Jurulatih pelapis olahraga negara, Hisham Mustaza, berkata Kejohanan Olahraga Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) 2026 merupakan medan terbaik bagi barisannya mengesan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Hisham menjelaskan pembudayaan dalam aplikasi sains sukan juga antara elemen yang perlu dikenal pasti dalam memilih atlet terbaik untuk mewakili negara.

Hisham memberi tumpuan kepada pencarian bakat terbaik acara 400 meter dan berhasrat untuk terus mencari wakil negara seterusnya.

"Kami akan melihat atlet berpotensi untuk diserapkan dalam program Bakat Olimpik, kemudian ke program pelapis kebangsaan dan seterusnya Sukan SEA 2027," katanya.  

Sementara itu, atlet olahraga MSSM Pulau Pinang, Farhan Isrulnizam, mengidolakan Umar Usman dan berhasrat mewakili negara dalam Sukan SEA 2027.

Dalam Olahraga MSSM 2026, dia menyasarkan pingat emas dalam acara kegemarannya 400 meter dan bertekad memperbaharui rekod peribadi terbaiknya, 47.66 saat yang dilakukan dalam Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini.

"Saya mahu memenangi emas dan memegang rekod MSSM.

"Selepas ini saya akan fokus kepada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Thailand.

"Selain itu, saya berazam pecahkan rekod kebangsaan pada satu hari kelak," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement