Skip to main content

Badminton

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan kembali ke Indonesia selepas lebih tiga tahun bersama pasukan kebangsaan.

Dalam kenyataan hari ini, BAM menzahirkan setinggi penghargaan kepada Nova atas dedikasi dan profesionalisme beliau, serta menyifatkan sumbangan jurulatih itu terhadap pembangunan program beregu campuran negara amat besar.

Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pencapaian paling bermakna sepanjang kendalian Nova ialah pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 apabila gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara, sekali gus mencipta sejarah sebagai pasangan beregu campuran pertama Malaysia memenangi gelaran dunia itu.

“Nova telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Sumbangan beliau terhadap pembangunan program beregu campuran negara amat besar. Bagi pihak BAM, saya mengucapkan terima kasih kepada Nova atas segala jasanya dan mendoakan beliau serta keluarga terus berjaya dan gembira apabila memulakan lembaran baharu di Indonesia," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Nova turut merakamkan penghargaan kepada BAM kerana memberi peluang menjadi sebahagian daripada keluarga badminton Malaysia serta berterima kasih kepada pemain, barisan jurulatih dan petugas sokongan atas sokongan yang diberikan sepanjang beliau bersama skuad kebangsaan.

“Saya berterima kasih kepada BAM kerana telah memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian ahli keluarga badminton Malaysia. Satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan pemain, jurulatih dan petugas sokongan dan saya amat menghargai segala sokongan yang diterima sepanjang berada di Malaysia. Saya mendoakan seluruh warga BAM terus mencapai kejayaan pada masa hadapan," katanya.

Untuk rekod, Nova menyertai BAM sebagai ketua jurulatih beregu campuran negara pada Januari 2023.-Awani

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video