Tular di media sosial baru-baru ini insiden ngeri membabitkan seorang pemain yang menerima terjahan keras sehingga menyebabkan kakinya patah.
Dalam video itu menyaksikan seorang pemain dengan jersi hijau hitam berlari bersama bola sebelum diterjah pemain lawan hingga menyebabkan kecederaan ngeri itu.
Meskipun begitu, pemain yang sedang terbaring itu sempat menarik baju pemain lawan.
ES LA LESIÓN MÁS DURA QUE VI EN MIS 74 AÑOS DE VIDA, LE DEJÓ EL TOBILLO COLGANDO ☠️ pic.twitter.com/je8q9bhqnz
— 🦵💥 MEJORES PATADAS ⚽️💀 (@mejorespatadas1) September 12, 2026
Pengadil perlawanan tidak menunggu lama sebelum melayangkan kad merah dan memanggil pegawai perubatan pasukan masuk untuk memberikan bantuan.
Seorang peyokong bola sepak memberikan komen di laman X, "Kecederaan paling teruk pernah saya lihat sepanjang 74 tahun, buku lali seakan tergantung." tulisnya.