Melaka terpaksa akur tewas kepada Kuching City 1-2 dalam saingan minggu keempat Liga Super 2026/27 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Antara yang mencuri tumpuan adalah debut import baru Melaka iaitu Ronny Paul Song di jentera serangan Melaka.
Ronny merupakan anak legenda Cameroon dan Liverpool iaitu Rigobert Song, manakala saudara kepada bekas bintang Arsenal dan Barcelona iaitu Alexander Song.
Debut buat Ronny Paul Song untuk Melaka, dia merupakan anak legenda Cameroon & Liverpool (Rigobert Song) dan juga sedara kepada bekas bintang Arsenal & Barcelona (Alexander Song) 🔥
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/SAohbj0cLJ— Kamal Nizam (@kamalnizamm) September 12, 2026
Untuk rekod, pemain berusia 30 tahun itu merupakan bekas pemain akademi Everton selain pernah beraksi buat kelab divisyen lima Sepanyol, Atletico Monzon.