Bila Stephen Curry buat isyarat “night night”, semua orang tahu cerita dah habis. Itulah yang berlaku apabila Curry meledak 31 mata, mematikan kebangkitan lawan di saat genting sekaligus membantu Golden State Warriors menewaskan Milwaukee Bucks 120–113.
Kemenangan itu juga melengkapkan prestasi positif Warriors dalam tiga perlawanan terakhir. Sebelum menumbangkan Bucks, Warriors membelasah Orlando Magic 120–97 dengan Curry menyumbang 26 mata, sebelum hanya tewas tipis 99–98 kepada Phoenix Suns dalam satu perlawanan yang ditentukan di saat akhir.
Advertisement
STEPH CURRY SAID NIGHT NIGHT TO THE BUCKS 😴
pic.twitter.com/GIYowkuuao— Guru (@DrGuru_) January 8, 2026
Setakat ini, Warriors berada sekitar tangga ke-8 Western Conference dengan rekod 19–18, masih dalam zon play-in tetapi hanya dipisahkan beberapa kemenangan daripada kelompok playoff automatik. Dalam 10 perlawanan terakhir, mereka mencatat rekod 6–4 dan menjaringkan purata lebih 120 mata setiap perlawanan.
Steph Curry has the most 30-point games by a point guard over the last 60 years btw pic.twitter.com/8H7EUswZCG
— Real App (@realapp) January 8, 2026
Setiap kali momentum seakan berpihak kepada lawan, Curry muncul dengan lontaran tiga mata, pergerakan tanpa bola, dan ketenangan di saat genting. Jadi, tidak hairanlah apabila dia mucul pemain pointguard paling banyak mempunyai permainan 30 mata dalam sejaran NBA.