Skip to main content

Bola Sepak

MSSM: MSS Johor juara B15, Zainul Ariffin muncul penjaring terbanyak

MSSM: MSS Johor juara B15, Zainul Ariffin muncul penjaring terbanyak

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSS Johor) muncul juara bola sepak bawah 15 tahun MSSM 2026 selepas menewaskan MSS Selangor 2-0 dalam aksi final, Khamis.

Selepas kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Johor akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-52 menerusi rembatan cantik Zainul Ariffin Mohammad Zainuddin.

Seminit kemudian, Johor menggandakan kelebihan menerusi Muhammad Aqil Naufal Mohd Hafiz, yang tenang menyudahkan peluang terhidang selepas berlaku kekalutan di hadapan pintu gol Selangor.

Tiada tambahan jaringan selepas itu, sekali gus mengesahkan kejuaraan buat skuad B-15 Johor yang turut menamatkan kejohanan tanpa sebarang kekalahan.

Lebih manis buat Zainul Ariffin, kejayaan itu dihadiahkan kepada ibu bapanya yang berada jauh di Kuching, Sarawak.

Pelajar SMK Taman Desa Skudai itu turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol, dalam penampilan sulungnya bersama MSS Johor di pentas MSSM.

Menurut Zainul Ariffin, kejayaan tersebut adalah hasil usaha dan kerja keras semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan MSS Johor muncul juara tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement