Majlis Sekolah Sukan (MSS) Selangor B-15 mengesahkan slot ke pentas final bola sepak selepas berjaya menewaskan MSS Kedah 3-0 di Balik Pulau, Pulau Pinang, hari ini.
Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung hari ini, Selangor membuka tirai jaringan menerusi sentuhan Muhammad Haziq Iqram Mohd Ismail, seawal minit kesembilan, sebelum Muhammad Hadif Akhtar Mohd Yusri menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 memihak skuad Gergasi Merah menuju rehat babak pertama.
Kedah yang cuba bangkit pada aksi separuh masa kedua bagaimanapun terus dihukum dengan gol ketiga Selangor pada minit ke-72, kali ini giliran pemain gantian, Muhammad Hazimie Nazrol Abidin mencetak nama selaku penjaring.
🏆 Kejohanan Bola Sepak MSSM 2026
Final | Khamis, 3 September 2026 🗓️
🔹B-12 ⚽
MSS Johor x MSS Selangor
🔹B-15 ⚽
MSS Selangor vs MSS Johor@ASTROARENA— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 2, 2026
Menanti Selangor di pentas akhir ialah MSS Johor yang mara selepas atasi MSS Pahang dengan keputusan 5-2.
"Saya tidak dapat jangkaka, keluarga, jurulatih banyak menyokong kami. Alhamdulilah sampai ke tahap ini, masih banyak untuk diperbaiki untuk aksi final nanti.
"Kami akan cuba yang terbaik dengan JDT, memang pasukan besar tetapi kami akan berjuang habis-habisan." kata kapten pasukan, Hariez Harzan Hail Azrul.
Sementara itu, bagi acara bola sepak B-12 juga turut menyaksikan MSS Selangor akan berdepan MSS Johor.