Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr Ong Shin Ruenn, akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Terengganu dalam masa terdekat untuk memastikan Pejabat Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Terengganu (TSDeaf) dapat beroperasi seperti biasa.
Perkara itu diutarakannya merujuk kenyataan media TSDeaf, yang menyatakan mereka berdepan krisis kewangan dan berisiko kehilangan pejabat operasi.
Advertisement
Seandainya pejabat itu terpaksa dikosongkan, Dr. Ong meluahkan kekecewaannya kerana segala prospek pingat dan kem latihan olahraga berpusat di Terengganu.
Dia juga merayu agar mana-mana agensi swasta dapat tampil menghulurkan bantuan bagi memastikan TSDeaf tidak terkubur begitu sahaja.
"Untuk langkah utama buat masa ini, kami akan membuat lawatan ke Terengganu untuk berjuma dengan mereka yang berkenaan, seperti Kerajaan Negeri terengganu, untuk membantu secara pantas dalam menyelesaikan isu ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
"Kami akan bekerjasama dengan Presiden TSDeaf dan seperti yang sedia maklum, kami memang mengharapkan bantuan.
"Walaupun Kerajaan Negeri mungkin tidak mampu membantu, kami juga mengharapkan bantuan daripada syarikat-syarikat swasta yang bertempat di Terengganu."
