Pemain tengah Maktab Rendah Sains Mara (MARA) Bagan Datuk, Hadif Rifqie, yang muncul wira selepas meledak gol kemenangan untuk membantu pasukannya menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar 1-0 dalam final Kejohanan Bola Sepak Kebangsaan MRSM SBP kategori Super 2025.
Naratif sama cuma tahun berbeza, lebih manis buat MRSM Bagan Datuk kerana kemenangan itu mengulangi semula kejayaan mereka tahun lalu dengan seteru yang sama.
Advertisement
Percaturan jurulatih meletakkan lima pemain tengah terbukti berkesan apabila penguasaan bola jelas memihak mereka.
"Terima kasih kepada pemain saya yang bekerja keras hari ini, pengubahan taktikal adalah saya letakkan lima pemain di jentera tengah berbanding tiga sebelum ini.
"Semangat juang mereka tanpa pemain Utama memastikan kami menang hari ini," kata jurulatih MRSM Bagan Datuk, Wan Mohd Adha Wan Kamaruzaman.
"Gembira kerana dapat hasilkan jaringan, jurulatih banyak beri motivasi untuk lakukan rembatan dan saya lakukan sampai akhirnya gol. "tambah pemain tengah, Rifqie Shamsi.