Skip to main content

Bina Badan

Mr. Enrich On The Go 2026: Penyertaan 'Abang Bomba’, ‘Abang Polis’ bakal hangatkan pentas bina badan

ee

Mahu saksikan ‘Abang Bomba’, ‘Abang Polis’ atau ‘Abang Askar’ beraksi di atas pentas bina badan? Jangan lepaskan peluang untuk turun ke Kejohanan Bina Badan Mr. Enrich On The Go 2026 di Dewan TLKB Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur bermula 28 hingga 31 Ogos ini.

Hampir 100 anggota badan unit beruniform daripada PDRM, ATM, Bomba, Kastam, Imigresen dan pelbagai agensi lain turut akan mempertaruhkan fizikal mereka dalam kategori khas unit beruniform.

Bukan itu sahaja, kategori first time turut diperkenalkan bagi memberi peluang kepada mereka yang baru mahu menceburi sukan bina badan.

Penganjur mahu Mr.Enrich On The Go menjadi ‘pintu masuk’ buat golongan muda untuk mula berkecimpung dalam sukan ini, sebelum meningkat ke kategori yang lebih tinggi.

"Kali ini kami ada kategori khas unit beruniform seperti edisi lalu, penyertaan luar biasa. Hampir 100 anggota badan unit beruniform daripada PDRM, ATM, Bomba, Kastam, Imigresen dan sebagainya akan sertai.

"Hari ini ada jemputan atlet dari luar negara. Walaupun penganjuran dianjurkan sebagai sebuah kelab, kami galakkan orang muda untuk ceburi sukan bina badan.

"Kebanyakan atlet yang sertai kejohanan ini sudah pernah wakili negeri atau negara." kata Presiden Kelab Bina Badan Enrich, K. Krishnakumar.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement