Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S17: Dari Indonesia, China, Singapura meriahkan liga tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MPL

Lapan pasukan diumumkan beraksi dalam Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-17.

Mnariknya, hanya tiga pasukan sahaja yang mewakili negara dengan selebihnya adalah datang daripada luar negara.

Advertisement

Juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG), Team Vamos dan Team Rey kekal bertanding selaku pasukan tempatan, ditambah dua wakil dari Indonesia iaitu, Rex Regum Qeon (RRQ) dan Bigetron MY by VIT (BTRM).

Manakala, dua pasukan lagi adalah dari China iaitu Invictus Gaming (iG) dan All Combo dan yang terakhir adalah dari Singapura iaitu Team Flash.

Ketua Pembangunan Perniagaan Moonton Games untuk e-sukan Malaysia, Krystal Tan, menerangkan pasukan ini dipilih mengikut syarat ketat yang telah ditetapkan dan berharap kerjasama selama empat tahun bersama semua pasukan itu dapat melonjakkan suasana liga ke tahap tertinggi.

Sementara itu, Presiden Persekutuan E-sukan Malaysia (MESF), Muhammad Naim Al-Amin, menganggap era baharu MPLMY adalah satu inisiatif terbaik dalam memeriahkan lagi arena MLBB negara, termasuk kebajikan yang lebih positif kepada para pemain.

"Kami memandang ini sebagai perkara baru dalam era MPL.

"Ia penambahbaikan kepada pasukan tempatan kerana memiliki gabungan dua negara.

"Ia beri impak besar kepada atlet untuk menambah ilmu dan pengalaman," katanya. 
 

Must Watch Video