Skip to main content

Permotoran

Moto3: Perlumbaan mencabar, saya ambil peluang... -- Hakim Danish

sas

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, mencipta sejarah tersendiri apabia menamatkan penantian negara selama sekedad dalam Moto3 selepas dia menggegar Litar Brno sekali gus memastikan gelaran juara di Gran Prix (GP) Czechia.

Meskipun terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke 14 akibat penalti grid sebelum buka langkah memintas satu per satu pelumba untu dia akhirnya memimpin perlumbaan di pusingan terakhir.

Kemenangan ini merupakan pencapaian terbesar dalam karier pelumba berusia 19 tahun itu bersama pasukan Aeon Credit-MT Helmets-MSI, selain menghadiahkan podium kedua musim ini selepas meraih tempat ketiga pada GP Itali di Mugello, Mei lalu.

Lebih membanggakan, Hakim sebenarnya sudah menunjukkan petanda awal prestasi cemerlang apabila memecahkan rekod terpantas Litar Brno sebanyak dua kali ketika sesi latihan bebas Jumaat lalu.

Selepas perlumbaan, Hakim Danish mengakui sukar menggambarkan perasaannya dengan kemenangan sulung itu yang disifatkan sangat istimewa buat dirinya, pasukan dan seluruh peminat sukan permotoran tanah air.

Kemenangan ini juga menyaksikan Hakim Danish mengikut jejak langkah Khairul Idham Pawi, pelumba Malaysia terakhir yang menjuarai perlumbaan Moto3 ketika memenangi GP Argentina dan GP Jerman pada musim 2016.

"Assalamualakum semua, Alhamdulilah perlumbaan semalam Berjaya tamatkan di petak pertama, kemenangan pertama.

"Perlumbaan semalam agak mencabar kerana pada awal perlumbaan perlu lakukan dengan baik memandangkan bermula di petak 14, saya perlu potong satu persatu pelumba dengan cepat.

"Saya sampai ke kumpulan hadapan dalam lap kedua, selepas itu cuma kekalkan momentum dan cuba mencari ruang dimana boleh serang dalam lima lap terakhir.

"Saya bagi 100 peritus, saya ambil peluang selepas apa yang terjadi kepada dua pelumba itu, dan berjaya menang perlumbaan di Litar Brno ini." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video