Skip to main content

Golf

Mijo: Akademi golf di AS persediaan asas ke pentas profesional

ll
Advertisement

Amerika Syarikat (AS) sememangnya antara destinasi pilihan dalam pembangunan golf, khususnya menerusi sistem akademi dan laluan pendidikan yang memberi pendedahan kepada pemain muda untuk berkembang ke tahap lebih tinggi.

Melihat kepada peluang itu, Kejohanan Remaja Antarabangsa Terbuka Malaysia (Mijo) 2026 yang berlangsung di Tanjung Puteri Golf Resort di Johor itu turut menyediakan platform pencarian bakat dalam kalangan peserta yang berpotensi untuk dipertimbangkan menyertai akademi golf di AS.

Advertisement

"Kami bukan sahaja membantu membentuk pemain di atas di lapangan, malah tentang cara membawa diri mereka.

"Kami membantu mereka lebih mudah direkrut," kata Pengarah Agency College Recruit, Liz Fernandes.

Advertisement

Menerusi program berkenaan, tenaga pengajar dari AS turut dibawa khas untuk memberi bimbingan kepada peserta, di samping menilai keupayaan serta potensi pemain remaja  yang menepati kriteria pemilihan.

"Apa yang boleh kami tawarkan ialah keterjaminan mereka untuk berjaya. Bermula dari sang juara hinggalah pemain yang baru memulakan permainan ini.

"Kami melihat ramai pemain berbakat di sini dan mereka kini sudah dapat melihat peluang yang ada (dalam program ini)," katanya.

Tambah juara Kejohanan Remaja Terbuka Hainan 2026, Amelia Lee: "Saya berpeluang bertemu rakan baharu yang lebih handal dan didedahkan dengan cabaran di lapangan baharu

"Saya ingin mengikut jejak Kiara Romero, dia menyerlah ketika bersama akademi golf di AS dan bakal beralih ke saingan profesional pada tahun depan."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video