Skip to main content

Bola Sepak

Messi, Ronaldo kembali bersatu dalam iklan Lego

ronaldo, messi lego

Dua ikon bola sepak moden, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kembali bersatu dalam satu iklan komersial yang dikeluarkan syarikat mainan antarabangsa, Lego.

Dalam iklan bertajuk "Everyone wants a piece" itu, yang diterbitkan malam tadi, bintang Portugal, Ronaldo, dan legenda Argentina, Messi, bersama dua lagi bintang dunia, iaitu Kylian Mbappe (Perancis) dan Vinicius Junior (Brazil), sedang berebut untuk meletakkan kepingan terakhir Lego trofi Piala Dunia, yang merupakan mini-figura masing-masing.

Advertisement

Bagaimanapun, tiada di antara mereka dapat meletakkan kepingan terakhir itu sehingga ke penghujung iklan.

Sebagi rekod, kali terakhir Messi dan Ronaldo bergandingan dalam satu iklan komersial ialah dalam iklan bagasi Louis Vuitton pada 2022, di mana kedua-dua mereka bermain catur di atas bagasi berkenaan.

 

Must Watch Video