Skip to main content

Badminton

Memang rasa terkilan beregu negara berpisah -- Legenda badminton negara

d

Aaron Chia-Soh Wooi Yik marupakan nama yang sangat sinonim dalam dunia badminton negara. Pelbagai kejayaan diraih khasnya yang paling diingati tentunya kejayaan mereka menjuarai Kejohanan Dunia sebelum ini.

Namun, keputusan untuk memecahkan pasangan ini menimbulkan reaksi berbeza dari peminat sukan badminton termasuk bekas pemenang gangsa beregu lelaki di pentas Sukan oOlimpik Barcelona 1992, Datuk Razif Sidek.

Razif nyata terkilan dengan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memisahkan Aaron Chia dan Wooi Yik kerana menyifatkan gandingan ini sudahpun berjaya membentuk persefahaman dan corak permainan yang mantap.

Begitupun, dia tetap melihat secara positif keperluan scratch pair, Aaron Chia-Tee Kai Wun serta Soh Wooi Yik-Man Wei Chong untuk membuktikan mereka benar-benar mampu bersaing di pentas kompetitif dengan misi utama bam untuk dalam mendakap pingat emas pertama negara menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Kerunsingan peminat bagaimanapun bakal terubat untuk melihat gandingan ini kembali disatukan menjelang Kejohanan Dunia nanti di mana pasangan asal, Aaron Chia-Wooi Yik akan kembali digandingkan untuk bersaing di India, Ogos nanti.

"Memang saya pun rasa terkilan dengan pasangan beregu negara telah berpisah demi mendapat satu pingat emas di Sukan Olimpik akan datang, jadi saya amat terperanjat dengan keputusan ini.

"Tetapi kami melihat sejauh mana pasangan baru nanti dan boleh ambil keputusan sama ada yang terbaik atau tidak.

"Mereka harus bersiap sedia menjelang Kejohanan Dunia nanti agar lebih yakin dan ini akan memberikan manfaat buat mereka.

"Harap perpisahan sementara ini akan dapat memperbaiki hubungan dan gandingan mereka pada Kejohanan Dunia nanti." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Must Watch Video