Skip to main content

Berita Sukan Am

Meledak: Universiti sukan, bukan sekadar peluang kedua -- ke arah Malaysia yang lebih dinamik

ll
Advertisement

Perjalanan menjadi atlet bertaraf dunia bermula di dalam dewan kuliah.

Idea penubuhan universiti sukan yang pertama di Malaysia dan ASEAN seumpamanya bakal membuka dimensi baru dalam memperkemaskan ekosistem sukan agar lebih praktikal dan dinamik.

Advertisement

Bergerak di bawah fakulti-fakulti di universiti tempatan yang menjuruskan kepada sukan sekalipun, masih ada kekangan tertentu.

Selain kuota terhad, antaranya persoalan lain ialah isu dana dan pendidikan yang lebih fleksibel.

Advertisement

Ini juga memudahkan transisi dari sekolah sukan mahupun projek -- yang menetapkan syarat ketat -- ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Atlet melalui pendedahan persekitaran yang berbeza, mereka mempunyai rutin dan dari awal sudah diasah untuk menggalas tanggungjawab besar.

Malaysia hilang lebih separuh daripada atlet remaja yang melalui program pembangunan di seluruh negara kerana kebanyakan bakat cilik ini akan beralih ke bidang berbeza apabila usia mereka menginjak, pengalaman mereka itu mungkin pudar ditelan masa begitu sahaja.

Dalam laporan di Berita Harian, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, mendedahkan sebahagian besar daripada pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) tidak akan berjaya dengan hanya 10 peratus dapat pergi jauh.

Jurang ini boleh dikecilkan sekiranya atlet mempunyai ketetapan dalam kariernya dan pengalaman mereka dikembangkan demi kebaikan generasi yang seterusnya.

Gabungan pengalaman dan pengetahuan dalam sains sukan ibarat satu paduan yang sempurna untuk mengangkat sukan ke tahap lebih baik.

Dalam laporan khas pada 2017 oleh Ketua Pengarang Sukan dan Digital Astro Arena, Bazly Azmi -- yang sebelum ini bertugas sebagai wartawan -- kemudahan terowong angin (wind tunnel) peringkat universiti yang sering dikaitkan dan mempunyai keupayaan untuk ujian aerodinamik sukan berbasikal trek iaitu di UTM Aerolab (Low Speed Wind Tunnel) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Fasiliti ini merupakan antara terowong angin terbesar dan paling moden di Asia Tenggara.

 

bazlywindtunnel.jpg

Selain UTM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga mempunyai kemudahan Low Speed Wind Tunnel yang pernah dinilai oleh pakar sukan tanah air untuk potensi ujian simulasi pelumba basikal trek.

Di peringkat kebangsaan, pembangunan teknologi basikal trek elit negara (seperti model WX-R Vorteq yang digunakan oleh Datuk Azizulhasni Awang dan pasukan kebangsaan) dipacu secara rasmi oleh Institut Sukan Negara (ISN) melalui kerjasama penyelidikan aerodinamik dan teknologi simulasi global.

Bekas pesilat negara, Luqman Laji, pula mengambil yang pendekatan berbeza sebaik mengumumkan persaraannya pada 2024 dengan menyertai keluarga besar Institut Sukan Negara (ISN) sebagai pegawai psikologi sukan.

Dia memahami keperitan yang dilalui atlet dan kemudian diterjemahkan untuk pemulihan yang lebih baik.

Ratu terjun negara, Leong Mun Yee, misalnya menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika sudah bersara, 15 tahun lamanya berjuang sebelum membolehkannya menggengam Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat.

"Saya percaya pendidikan adalah salah satu cara untuk mengubah hidup."

Ini pula prinsip bekas atlet olahraga, Roslinda Samsu, yang kini bergelar guru di Sekolah Sukan Malaysia (SSMP) Pahang di Gambang dan menyambung pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ijazah pengurusan sukan membolehkan seseorang atlet itu berpandangan lebih jauh, membina akademi bola sepak mahu pun mengisi jawatan presiden di peringkat persatuan.

Malah, bidang media massa juga relevan sebagaimana sebilangan hos-hos di Astro Arena seperti Fariha Razak yang masih lagi merupakan srikandi bola jaring negara.

Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 2,036 kolej dan universiti yang berteraskan sukan dan kemudiannya dipecahkan kepada tiga saingan.

China pula ada 36 univerisiti atau kolej sukan.

Institut Pendidikan Fizikal Chengdu dinaik taraf menjadi Universiti Sukan Chengdu pada 2001 sebagai persediaan untuk bertindak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Beijing 2008.

Dan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya yang lalu, kelompok universiti sukan ini pulang 40 pingat menerusi pelbagai jenis sukan seperti angkat berat, terjun, renang, menembak, olahraga dan tinju. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video