Kemasukan Daniesh Amirruddin menggantikan Manuel Hidalgo minit ke-67 menjadi simbolik detik perkenalan namanya bersama skuad senior Johor Darul Ta’zim (JDT).
Produk kebanggaan JDT itu turut mencetak nama selaku penjaring di penghujung permainan menerusi sepakan penalti untuk kelab terkemuka Asia itu terus bermaharajalela dan kekal menjadi tajuk utama menerusi kemaraan ke pentas final Piala FA 2026 selepas berpesta gol 6-1 ke atas DPMM dan secara agregat 8-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Menurut ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz: "Dia sentiasa mahu meningkatkan diri, berikan yang terbaik, bercita-cita
"Dia memiliki personaliti, dia menjaringkan dan mempunyai tiga lagi lagi peluang.
"Apabila seorang pemain tiba dari akademi dan menembusi skuad utama, ia sesuatu yang menakjubkan.
"Apabila diturunkan, dia bermain baik. Saya akan terus membentuknya (sebagai pemain terbilang) dan inilah yang dilakukan kami saban hari."
Menambah keterujaan pencinta bola sepak negara, “kelahiran“ permata baru lahir daripada produk akademi JDT, Muhammad Daniesh Amirruddin, yang meraih pujian Munoz.
JDT melayan kunjungan DPMM dengan kelebihan dua jaringan hasil kemenangan di Brunei minggu lalu.
Skuad Harimau Selatan itu turut diperkuatkan dengan kelibat dua tonggak Harimau Malaya, Joao Figueiredo, dan Jon Irazabal yang kembali beraksi selepas digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selama setahun.
Sekembalinya beraksi buat kali pertama dalam kancah domestik, Figueiredo menjadi pemain pertama daripada tujuh pemain negara yang menjaringkan gol selepas tempoh pergantunggan dengan meledak gol pembukaan jdt.
Turut cemerlang, Irazabal yang menggawal ketat pergerakan penyerang DPMM dan kekal prolifik sekembali beraksi selepas setahun.