Skip to main content

Rencana

MELEDAK: MENYINGKAP SEMANGAT DI SEBALIK PENUBUHAN NFDP

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MELEDAK MINGGU INI, BACA DI SINI!

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), atau lebih dikenali dalam akronim bahasa Inggerisnya NFDP, kini dikendalikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari segi teknikalnya, hampir 15 tahun sejak ia digagaskan susulan kejayaan skuad Harimau Muda menjuarai Sukan SEA Laos 2009. 

Gagasan itu menjadi titik tolak kepada usaha menyeluruh membina semula bola sepak Malaysia dari akar umbi.

Advertisement

Bintang Lahir Daripada NFDP: Daripada program asal itu, tiga nama kini mewarnai Liga Super:

  • Arif Aiman Mohd Hanapi โ€“ sensasi Harimau Malaya, bermula di SK Bukit Setongkol, Kuantan.
  • Luqman Hakim Shamsuddin โ€“ pernah beraksi di KVK Kortrijk, kini bersama Negeri Sembilan FC, bakatnya dikenal pasti di SK Ismail Petra 1.
  • Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman โ€“ penjaga gol Selangor FC, memulakan asas bola sepak di SK Sungai Dua, Pulau Pinang.

Ketiga-tiganya tersenarai dalam skuad Projek 2019, hasil saringan program MyKids Soccer pada 2011.

Kronologi Penubuhan:

  • 6 Januari 2010: Jemaah Menteri meluluskan kertas cadangan Pelan Tindakan dan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara.
  • 12 Januari 2010: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umum dana permulaan RM10 juta di majlis meraikan kejayaan Sukan SEA Laos.
  • Mac 2010: Mesyuarat penyelarasan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan FAM menubuhkan jawatankuasa pelaksana.
  • Lawatan ke Everton FC: Cadangan asal dibawa oleh wakil Everton yang dibawa bertemu FAM. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, meninjau kemudahan di Finch Farm, diikuti rombongan teknikal FAM dan MSN. Finch Farm menjadi model kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
  • 2011: Logo NFDP dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali Ibrahim bersama MSN dan FAM.
  • 2012: Fasa pertama AMD siap, dua tahun sebelum NFDP dilancarkan secara rasmi pada 2014.
  • 2013: Skuad Projek 2019 didedahkan dengan kejohanan di Bosnia dan Croatia serta Jepun dan Korea Selatan
  • 2014: Najib melancarkan Akademi Bola Sepak Negara di Kuantan, dinamakan sempena legenda Mokhtar Dahari.

Perancangan dan Matlamat: NFDP disasarkan melahirkan pemain berusia 8 tahun pada 2010 untuk layak ke Piala Dunia Remaja Bawah 17 tahun pada 2019. Program ini melibatkan:

  • Penubuhan Unit Bola Sepak di MSN dipantau Pengarah Cawangan Pelapis, Jefri Ngadirin, kini Ketua Pengarah MSN
  • Pusat latihan di 14 negeri.
  • Jurulatih remaja negeri ditanggung MSN.
  • Pendedahan antarabangsa di Croatia, Bosnia, Jepun dan Korea sejak 2012.

Apabila KBS diterajui Khairy Jamaluddin yang melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah, PPBN 2014โ€“2020 pula diperkasa dengan lima strategi teras:

  • Meluaskan kelompok pemain sehingga 50,000 menjelang 2020.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti jurulatih.
  • Memperbanyakkan kejohanan kompetitif.
  • Menambah baik pusat latihan dan kemudahan asas.
  • Membentuk falsafah bola sepak nasional berasaskan DNA negara.

Selepas Teong Kim dikhususkan untuk mengendalikan AMD, pada 2019, NFDP diterajui oleh bekas jurulatih akademi Paris St Germain (PSG), Saad Ichalalene sehingga 2022, dibantu Dennis Bekking dan Abdifitaah Hassan.

Selama dua tahun, kekosongan jawatan bos NFDP berakhir apabila Oscar Gonzalez dilantik pada 2024 tanpa meninggalkan impak besar. 

Akhirnya FAM, sebagai badan induk bola sepak negara, diberi mandat menentukan hala tuju dari segi teknikal, dengan pelantikan jurulatih tempatan berprofil tinggi yang juga bekas pemain kebangsaan seperti P. Maniam, Shukor Adan, Lim Chan Yew, Fadzli Saari dan Noor Zaidi Rohmat menerajui skuad peringkat umur di AMD. 

Formula Kim Swee nampaknya cuba menggabungkan ciri-ciri terbaik di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), dengan pelantikan Razip Ismail sebagai ketua pendidik. Bekas bek kanan Harimau Malaya era 80-an itu terbabit merancang program SSBJ yang melahirkan antara lain Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak serta Norshahrul Idlan Talaha.

Namun cabaran terbesar bukan sekadar dana atau strategi, tetapi sistem penyampaian dan pelaksanaan serta pengurusan modal insan, lebih-lebih lagi membabitkan remaja aset negara. Tanpa integriti dan profesionalisme di setiap tangga, visi besar untuk kelompok remaja negara layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 tahun akan tergelincir.

 

Pengarah NFDP: Datuk Ong Kim Swee

Penolong Pengarah: Datuk Dollah Salleh

 

๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก & ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง๐๐š๐ค๐š๐ญ๐๐…๐ƒ๐

Ketua: Razip Ismail

Penolong: P. Ganasamurthy

Penolong: Abdul Ghani Malik

Penolong: S. Veloo

 

๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐€๐Œ๐ƒ๐-๐Ÿ๐Ÿ•

Ketua Jurulatih: Noor Zaidi Rohmat

Penolong: Armi Sharif

Penolong: Syahrul Azwari Ibrahim


๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐€๐Œ๐ƒ๐-๐Ÿ๐Ÿ”

Ketua Jurulatih: Shukor Adan

Penolong: Lim Chan Yew

Penolong: Kuizwan Johari

Jurulatih Penjaga Gol: Farizal Harun

 

๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐€๐Œ๐ƒ๐-๐Ÿ๐Ÿ“

Ketua Jurulatih: P. Maniam

Penolong: M. Lingeswaran

Penolong: Radzi Salleh

Jurulatih Penjaga Gol: Norazlan Razali

 

๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐€๐Œ๐ƒ๐-๐Ÿ๐Ÿ’

Ketua Jurulatih: Rusdi Suparman

Penolong: Aziz Ismail

Penolong: Shahril Faizal Sharifuddin

Jurulatih Penjaga Gol: Rozaimi Rohim

 

๐’๐ค๐ฎ๐š๐ ๐€๐Œ๐ƒ๐-๐Ÿ๐Ÿ‘

Ketua Jurulatih: Hassan Sazali Waras

Penolong: Fadzli Saari

Penolong: Fauzi Kassim

Jurulatih Penjaga Gol: Firdaus Mohamad

Topik Berkaitan

Must Watch Video