Skip to main content

Badminton

Meledak: Jurulatih tempatan ditawar pakej RAHMAH?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Kisah jurang gaji yang besar di antara jurulatih asing dan tempatan bukan cerita baharu, khususnya dalam badminton.

Sejak zaman Morten Frost Hansen, Indra Gunawan, Park Joo Bong, Li Mao, Rexy Mainaky, Hendrawan hinggalah terkini Kenneth Jonassen dan Herry Iman Pierngadi, hakikatnya gaji jurulatih asing lazimnya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada rakan-rakan tempatan mereka.

Advertisement

Hakikatnya, jurulatih asing bereputasi besar tidak akan sanggup datang ke Malaysia melainkan diberi tawaran tinggi, disertakan faedah seperti rumah, kereta, dan kebanyakannya, bebas cukai.

Teguran daripada dua bekas pakar beregu – Datuk Mohd Razif Sidek dan Koo Kien Keat – yang mendakwa jurulatih tempatan selalu ditawarkan pakej rahmah, disambut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang segera menyatakan bahawa satu kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai semula struktur gaji jurulatih tempatan.

Melalui skim baharu ini dengan kerjasama Jawatankuasa Road To Gold (RTG), struktur gaji jurulatih akan disemak semula dengan mengambil kira pengalaman, pencapaian, dan tahap kelayakan.


Ada dua pandangan berbeza dalam hal ini.

Walaupun jurulatih yang dihargai dengan imbuhan setimpal akan lebih bersemangat membimbing pemain serta menghalang mereka beralih ke bidang lain, cuba kaji kejayaan Wong Choong Hann, Jeremy Gan, Tan Bin Shen, Tan Kim Her, Lee Wan Wah dan Roslin serta adiknya Hafiz.

Andai mereka menunjukkan etika kerja yang tinggi sambil melahirkan pencabar di pentas dunia, tidak mustahil mereka pulang ke pangkuan BAM dengan kelebihan untuk tawar-menawar.

Saat ini, BAM memiliki 11 jurulatih beregu di bawah pemantauan Rexy selaku Pengarah Kejurulatihan Beregu, iaitu Herry, Muhammad Miftahkh, Pang Cheh Chang, Chang Kim Wai dan Hoon Tien How (beregu lelaki), Rosman Razak, Ching Kai Feng dan Amelia Anscelly (beregu Wanita), Nova Widianto, Lutfi Zaim dan Hazwan Jamaluddin (beregu campuran).

 

May be an image of text that says 'a番 fo 1 ព BAM BADMINTO YONEX 8 PETRONAS SUNRISE www.bam.org.my f Allianz Badminton Association of Malaysia BAM PLUS *AFFIN AFFIN x @BA_Malaysia BA Malaysia'

 

 

Pengarah Kejurulatihan perseorangan Jonassen pula dibantu jurulatih perseorangan – Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Alvin Chew, K. Yogendran, Datuk Tey Seu Bock dan Goh Giap Chin (perseorangan lelaki) serta Misbun Ramdan Misbun, Aaron Lee dan Sylvia Kavita (perseorangan wanita).

Satu ketika Datuk Misbun Sidek dipercayai jurulatih tempatan yang menerima gaji setimpal reputasi dan latar belakangnya. Misbun tampil sebagai satu karakter besar bertaraf ikon era 1980-an dan membina reputasi sebagai jurulatih dengan kaedah keras yang mengasah bakat Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim.

Bagi jurulatih tempatan sedia ada, mereka kena berani keluar daripada kepompong, kerja keras, berdisiplin dan jadilah suri teladan kepada pemain.

Kebanyakan yang ada dalam struktur BAM sedia ada bukan nama besar ketika bermain. Menjadi jurulatih berwibawa harus memberi nilai tambah kepada profil mereka.

 

Misbun Sidek: It's time to focus on young players for Tokyo 2020 -  BadmintonPlanet.com

 

 

Bagi pemain yang pernah merangkul gelaran besar di Sukan Asia atau sewaktu dengannya, reputasi itu sahaja tidak memadai.

Tidak semestinya kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar mati kelaparan.

Must Watch Video