Skip to main content

Rencana

MELEDAK: Jurulatih Malaysia di luar negara; bawa balik atau biarkan kekal?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jurulatih Malaysia di luar negara; bawa balik atau biarkan kekal?

Makin naik saham Pengarah Teknikal Hoki Indonesia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas bantu skuad hoki dalam dewan republik itu mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Thailand, minggu lalu.

Indonesia menewaskan Malaysia menerusi penalti shoot out selepas terikat 4-4 pada final lelaki.

Advertisement

Maka, berderu-deru pujian di laman sosial Dhaarma: “Indonesia bertuah memiliki pelatih seperti anda. Moga coach kekal disini,” kata salah seorang pengikutnya.

Malaysia tidak berdiam-diri.

Ada perbincangan tidak formal sudah berlangsung untuk memancing bukan saja Dhaarma tetapi beberapa jurulatih yang mengikat kontrak sekitar Asia Tenggara.

Soalnya, adakah ia strategi jangka pendek untuk pastikan Malaysia muncul juara keseluruhan apabila jadi penganjur Sukan Sea 2027?

Jika benar, bukan hanya Dhaarma tetapi ada ramai lagi jurulatih Malaysia sedang berkelana.

Persoalannya, adakah panggil pulang jurulatih ini hanya untuk menang pingat emas Sukan Sea? Saya percaya Malaysia patut sasar temasya yang lebih besar, hingga ke Olimpik LA 2028 – walaupun punya waktu yang singkat.

Antara jurulatih Malaysia di luar negara:

1- Muhammad Dhaarma Raj Abdullah (Hoki) – Indonesia

2- Wendy Ng Yan Yee (Terjun) – Singapura

3- Muhammad Roslin Hashim (Badminton) – Mesir

4- Nauraj Singh (Olahraga) - Jerman

5- Tai Beng Hai (Hoki) – Thailand

6- Bryan Nickson Lomas (Terjun) – Korea

 

Semuanya pernah bergelar Olimpian. Jadi dengan pengalaman sebagai atlet, jurulatih dan kini menimba pengalaman di luar negara pasti menukar pandangan mereka mengenai suntikan baru untuk Malaysia lebih cemerlang.

Cuma, adakah ini masa sesuai untuk pancing bawa pulang atau biarkan mereka menimba lebih banyak ilmu di perantauan?

Memetik kata-kata Dhaarma: “Saya mahu cabaran lebih besar. Saya mahu bawa pasukan ke Sukan Olimpik.

Pasukan mana? Teruskan bersama Stadium Astro dan Nadi Arena!

Topik Berkaitan

Must Watch Video