Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik lepasi aksi tiga set

j

Naib juara acara beregu lelaki Masters Malaysia edisi lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mara ke pusingan kedua dengan menewaskan gandingan Singapura, Wesley Koh-Kubo Junsuke, sebentar tadi.

Gandingan utama negara itu dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemenangan 19-21, 21-10, 21-12 dalam tempoh 45 minit.

Gagal mengawal tempo permainan set pertama, Aaron-Wooi Yik mengakui gandingan lawan yang pertama kali bersemuka dengan mereka menampilkan aksi lebih berkualiti.

Ia menuntut memerlukan mereka menganalisis corak permainan ditampilkan selain mengadaptasi pelbagai aspek termasuk faktor angin di gelanggang.

Bagaimanapun, gandingan ranking kedua dunia itu tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dan terus mendominasi set kedua serta set penentuan dengan aksi lebih cemerlang.

 

 

 

Sementara itu, beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, mengakui terlalu banyak berfikir menjadi punca permainan mereka terjejas hingga mengakibatkan kekalahan dalam pusingan pertama.

Hanya dalam tempoh 39 minit, gandingan ranking ke-21 dunia itu tewas 21-15, 22-20 di tangan beregu Taiwan, Hsieh Yi En-Teng Chun Hsun, yang berada di kedudukan ke-304 dunia.

 

 

Must Watch Video