Skip to main content

Badminton

Masters China: Kejutkan wakil tuan rumah, Wooi Yik-Aaron Tai mudah tempat slot suku akhir

Masters China: Wooi Yik-Aaron Tai mudah tempat slot suku akhir

Gandingan beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik-Aaron Tai, meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Wooi Yik-Aaron tampil kemas sejak awal permainan apabila mengawal rentak perlawanan sebelum menamatkan game pertama dengan kemenangan 21-13.

Memasuki set kedua, gandingan negara terus mengekalkan momentum untuk melebarkan jurang dan memberi tekanan kepada pasangan tuan rumah.

Chen Bo Yang-Liu Yi cuba bangkit dan sempat merapatkan kedudukan, namun Wooi Yik-Aaron kekal tenang untuk kembali di hadapan sebelum menutup permainan 21-18.

Kemenangan itu sekali gus memastikan pasangan negara melangkah ke kelompok lapan terbaik.

Dalam aksi beregu wanita pula, gandingan muda negara Low Ziyu-Noraqilah Maisarah terkandas selepas tewas kepada pilihan keempat kejohanan dari China, Jia Yifan-Shang Shu Sian.

Jia Yifan-Shang Shu Sian bermula garang apabila mencatat enam mata berturut-turut untuk mendahului 11-2.

Ziyu dan Noraqilah bagaimanapun tidak mengalah, sebaliknya cuba merapatkan jurang menerusi beberapa mata berturut-turut.

Namun, kelebihan pengalaman pasangan China menyaksikan mereka menutup game pertama 21-13.

Game kedua menyaksikan Ziyu dan Noraqilah bermula lebih agresif untuk memberi saingan sengit.

Malah, pasangan negara berjaya mengejar sehingga hanya ketinggalan satu mata.

Bagaimanapun, pengalaman Jia Yifan-Shang Shu Sian akhirnya menjadi pemisah apabila mereka berjaya mengawal semula permainan untuk menamatkan cabaran Ziyu-Noraqilah.

Pasangan China itu sebelum ini turut muncul juara dalam dua kejohanan Jelajah BWF tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement