Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United sekat 685 pemegang tiket semusim, jaringan sindiket tout terbongkar

Manchester United sekat 685 pemegang tiket semusim, jaringan sindiket tout terbongkar

Manchester United mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan sistem tiket selepas 685 pemegang tiket semusim dikenakan larangan susulan siasatan yang dijalankan kelab sepanjang musim panas.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu mendedahkan hasil siasatan pada Jumaat, termasuk butiran mengenai skala penyalahgunaan tiket dalam kalangan penyokong.

Sebanyak 1,617 akaun dikenal pasti mempunyai aktiviti luar biasa dan kesemua akaun terbabit memerlukan semakan lanjut.

Pemegang akaun berkenaan turut dihubungi bagi memberikan penjelasan berhubung aktiviti yang dikesan.

Daripada jumlah tersebut, tiada tindakan lanjut dikenakan terhadap 468 kes, manakala 226 akaun menerima amaran terakhir.

Dalam perkembangan seterusnya, hukuman larangan tiket yang pada awalnya dikenakan terhadap 238 akaun dikurangkan kepada sekatan terhadap pemindahan tiket bagi perlawanan di tempat sendiri serta permohonan tiket perlawanan di tempat lawan.

Bagaimanapun, panel rayuan bebas kemudian mengekalkan larangan sepanjang musim terhadap 499 akaun.

Penyokong yang dikenakan larangan tersebut masih boleh memohon semula tiket selepas tempoh hukuman berakhir.

Sebanyak 73 lagi kes tidak mengemukakan rayuan terhadap larangan yang dikenakan, manakala 113 kes lain digantung susulan kegagalan memberikan maklum balas selepas beberapa permintaan maklumat dibuat.

Secara keseluruhan, 685 akaun dikenakan larangan tiket semusim, sementara 464 akaun lain menerima hukuman lebih ringan atau amaran terakhir.

Manchester United menjelaskan tindakan paling tegas diambil apabila terdapat penyalahgunaan sistem tiket secara serius bagi mendapatkan keuntungan kewangan.

Ia termasuk kewujudan rangkaian tiket terancang yang mengawal, menjual dan mengedarkan tiket menggunakan ratusan akaun.

Tiket yang kembali tersedia susulan larangan tersebut akan ditawarkan kepada penyokong yang berada dalam senarai menunggu.

Dalam masa sama, penyokong yang dikenakan larangan mula menerima bayaran balik.

Fokus kini beralih kepada aksi Liga Perdana Inggeris apabila United bakal menentang musuh sekota, Manchester City, di Old Trafford esok dalam pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan itu musim ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement