Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan hasrat bagi Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia suatu hari nanti.
“Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Piala Dunia.
“Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara,” katanya.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu sendiri ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol bertemu Argentina awal pagi tadi.
Kredit -- Astro AWANI