Wakil deligasi dari Malaysia dan Filipina memilih untuk menolak keputusan penuh berhubung hasrat pertukaran nama dan jenama Sukan SEA kepada Sukan ASEAN.
Selaku pasukan tuan rumah bagi temasya Sukan SEA Malaysia 2027, penangguhan keputusan perlu dilakukan sehingga meyuarat Majlis SEAGF yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Mac tahun hadapan.
Advertisement
Ia merujuk kepada keperluan Malaysia untuk mengadakan perbincangan terperinci dengan ahli gabungan sebelum satu kata sepakat diambil, dan pendapat ini disokong Filipina.
"Hari ini ada perkara berbangkit, mereka mengatakan semua sudah bersedia untuk membuat keputusan itu.
"Namun, Filipina mencadangkan bahawa mereka tidak bersedia. Kita juga masih dalam proses dapatkan maklum balas daripada pemegang taruh.
"Kita mengambil keputusan untuk menunda keputusan itu pada mesyuarat akan datang," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM),Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
Untuk ketika ini, Sukan SEA Malaysia masih dalam perancangan keseluruhan bagi penganjuran dua tahun akan datang.
"Sekarang masih lagi berasas pada Sukan SEA 2027, apapun keputusan kita tunggu mesyuarat akan datang." tambahnya.