Majoriti atlet menyambut baik pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, berkenaan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang lebih menyeluruh menjadi berita baik buat semua lapisan sukan.
Pembahagian khas kepada atlet pekak merupakan inisiatif terpuji dicipta bersama atlet normal serta para termasuk cabang e-sukan dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik serta Olimpik Musim Sejuk bagi memberi semangat kepada mereka untuk berjuang dengan kompetitif.
Advertisement
Kerajaan memberi kelulusan peluasan skim insentif melibatkan sukan remaja, orang pekak serta kejohanan utama temasya paralimpik dengan peruntukan RM10 juta setahun.
Insentif bagi pemenang pingat menjelang Sukan SEA 2027 turut dikemas kini, sekali gus mencerminkan komitmen dan sokongan jitu terhadap atlet negara memacu kecemerlangan di pentas antarabangsa.
"Sangat bagus untuk setiap atlet kerana ia menambah semangat untuk terus mengharumkan nama negara.
"Bukan semua atlet datang daripada keluarga senang. Ini boleh membantu keluarga dengan berjuang mendapatkan pingat dalam kejohanan besar," ketua jurulatih gimnastik negara, Ng Shu Wai.
"Duit ganjaran ini menjadi tabung atlet menyimpan duit dan belajar mengurus kewangan.
"Buat masa sekarang, Malaysia sudah menaikkan kadar bayaran.
"Jadi, saya berharap rakan-rakan atlet kekal bersemangat," kata pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Aniq Kasdan.