Skip to main content

Sukan Lain

Luar Biasa untuk orang biasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Luar Biasa untuk orang biasa

KL Tower Run International Challenge 2025 dianjurkan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad dan pasti semua mata tertumpu ke arah tower runner nombor satu dunia, Soh Wai Ching.

Seperti yang dijangka, Wai Ching kembali merampas semula gelaran juara race kali ini, dan sempat juga memperbaiki catatan tahun lalu dengan kelebihan 5 saat.

Advertisement

Soh Wai Ching memang hebat - itu perkara biasa. Membanggakan nama Malaysia dan kekal nombor satu sudah sinonim dengan anak jati Selangor ini.

Tetapi tahu tak apa yang luar biasa tentang KL Tower Run International Challenge kali ini?

Jawapannya: penyertaan yang melibatkan 1,500 peserta dengan misi menakluki 1,608 anak tangga menara ikonik setinggi 292 meter itu! Wow semakin ramai rakyat Malaysia yang menjinakkan diri dengan sukan ini dan perkembangan ini cukup positif memberi indikasi kesungguhan komuniti dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Untuk orang biasa, semangat ini memang luar biasa!

Must Watch Video