The Reds berdepan West Ham United pada Ahad malam dengan misi catat kemenangan selepas sembilan kekalahan. Pada waktu yang sama, Sabah pula turun ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya hendak cipta sejarah tersendiri.
Dua televisyen bersiaran serentak di bilik berita Astro Arena ketika dua perlawanan ini sedang berlangsung. Belah kiri, aksi Liverpool dan West Ham. Di kanan pula, Selangor menentang Sabah.
Advertisement
Di saat Liverpool kelihatan selesa nak catat kemenangan - Selangor dan Sabah masih berdansa di atas padang. Selangor jaringkan gol, Sabah pula membalas…. dan pattern ini berterusan hingga ke masa tambahan.
Liverpool dan menang tau! Tapi kita masih tidak tahu siapa akan mengiringi JDT ke final Piala FA? Mata semua menghala ke televisyen belah kanan…. Selangor atau Sabah??
Akhirnya persoalan itu terjawab apabila Selangor tumbang di laman sendiri menerusi penentuan sepakan penalti, bermakna tiada pertemuan rival di antara Red Giants dan Harimau Selatan menjelang 14 Disember ini.
Sebaliknya yang datang membawa cabaran adalah The Rhinos - selepas penantian 27 tahun dan lebih 120 minit di atas padang. Untuk rekod ini adalah final Sabah yang kelima, dengan kali terakhir pada tahun 1998.
Liverpool pula kini menduduki tempat ketujuh di tangga Liga Perdana Inggeris, berkongsi 21 mata dengan Manchester United yang berada di tangga keenam selepas catat kemenangan tipis 2-1 ke atas Crystal Palace.