Wilian Lira sah meninggalkan Selangor berkuat kuasa hari ini.
Meskipun memiliki baki kontrak sehingga Mei 2026, penyerang berusia 32 tahun itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan perjanjian bersama Gergasi Merah.
Advertisement
Pemain kelahiran Brazil itu membuat kepulangan semula di Liga Malaysia (Liga-M) sejak berhijrah dari Kedah pada 2023 lalu.
Willian Lira, penyerang pasukan, telah mencapai persetujuan bersama kelab untuk menamatkan kontraknya hari ini.
Pihak kelab merakamkan ucapan terima kasih kepada Lira atas semangat dan profesionalisme yang telah ditunjukkan sepanjang tempohnya bersama keluarga Gergasi Merah.… pic.twitter.com/RMTTymzENF— Selangor FC (@selangorfc) December 18, 2025
Lira merekodkan 16 penampilan dalam semua pertandingan domestik termasuk Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan mencetak dua jaringan sepanjang perkenalan singkat bersama Selangor.
Tiada perkembangan atau khabar angin terkini tentang hala tujunya selepas ini.
Terdahulu, pertahanan kiri Selangor, Kevin Deeromram, juga membuat keputusan sama Selasa lalu.