Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Saya bukan Harry Potter -- Jurulatih Negeri Sembilan

gimenez n9
Advertisement

"Saya bukan Harry Potter," kata ketua jurulatih Negeri Sembilan, Daniel Gimenez, menegaskan bahawa membentuk kekuatan dan mengubah prestasi sesebuah pasukan memerlukan masa serta proses, bukannya keajaiban dalam sekelip mata.

Luahan itu menyusul selepas skuad Jang berkenaan tewas 0-2 kepada Kuching City dalam aksi Liga Super di Paroi semalam.

Advertisement

Gimenez turut mempertahankan kegagalan Luqman Hakim Shamsudin menyempurnakan penalti dalam perlawanan itu, sambil mengingatkan bintang dunia, Lionel Messi, juga pernah terlepas sepakan penalti.

"Sejujurnya saya tidak rasa tertekan kerana setiap pagi saya bangun, saya memikirkan pasukan, setiap kali saya mahu tidur, saya memikirkan pasukan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisement

"Saya memberikan segalanya dan kita perlu faham bahawa semua perkara dalam dunia memerlukan masa.

"Saya bukan ahli silap mata, saya bukan Harry Potter yang dengan hanya memetik jari, segalanya akan selesai.

"Semua perkara memerlukan masa dan saya percaya kami berada di landasan yang betul.

"Kami mungkin perlu memberikan dorongan untuk melihat tahap mereka tetapi pada masa sama, anda perlu realistik kerana pasukan ini memiliki pemain baharu, pemain muda yang mungkin kurang pengalaman berbanding pasukan lain.

"Suka atau tidak, kami sedang membina identiti pasukan dan ia memerlukan masa.

"Tiada tekanan tetapi sudah pasti saya perlu menggalas tanggungjawab."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video