Skip to main content

Sukan

FIM MotoMini World Final: Awas Valencia! Dua pelumba cilik negara hadir dengan persediaan lebih rapi

ll
Advertisement

Penampilan kali kedua ibarat bekal terbaik untuk dua wakil cilik negara yang terbang ke Valencia bagi aksi FIM MotoMini World Final 2026.

Segala rintangan yang dihadapi tidak sesekali menjadi penghalang buat wakil negara meletakkan sasaran terbaik, malah rekod tahun lalu mahu diperbaiki dengan kali ini mereka menyasarkan podium.

Advertisement

Al-Adam Mikail Hamirul Aliff mewakili kategori 160cc sementara Qasha Irfan Azlan bagi 190cc tampak benar-benar bersedia dan teruja untuk mencuri kedudukan terbaik.

"Tahun lalu saya mengalami masalah jentera dengan keseluruhan adalah di tempat ke-11 dan penamat terbaik di tempat ke-10.

Advertisement

"Tapi tahun ini saya akan cuba dapatkan podium dan mahu menguasai kelompok lima teratas.

"Saya sudah membuat persediaan rapi dan bersedia ke Valencia," kata Al-Adam Mikail.  

Qasha Irfan yang membawa sentimen serupa melaungkan: "Tahun lalu saya bergelut kerana pengalaman pertama di trek dan jentera.

"Tapi kali ni saya lebih bersedia berdasarkan persiapan yang dilalui di China sebelum ini." "

Dua lagi wakil negara iaitu Ahmad Malik Ridha dan Qaish Israf Qayyum juga antara yang akan berjuang atas nama Malaysia di Valencia

Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, yakin anak buahnya memiliki peluang terbuka serta memberi jaminan bahawa tiada istilah kelebihan buat pelumba Sepanyol memandangkan Litar Valencia tidak dibuka untuk sesi latihan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video