Sabah meraih kemenangan ketiga daripada enam perlawanan pertama Liga Super musim ini apabila menumbangkan Terengganu 2-0 di Stadium Likas sebentar tadi.
Dua jaringan pantas dalam tempoh 3 minit sewaktu babak pertama sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat Sang Badak untuk kini menduduki tangga kelima liga dengan 10 mata.
Dalam perlawanan itu, tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-20 apabila lambungan jarak jauh Kike Kadete melantun betul-betul di depan penjaga gol, Suhaimi Husin, sebelum masuk ke gawang kosong.
Tiga minit berselang, Sabah memperoleh jaringan kedua, kali ini menerusi rembatan jarak jauh dari luar kawasan penalti oleh Gonzalo di Renzo.