Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menegaskan anak buahnya akan turun dengan misi wajib menang ke atas Selangor, malam esok.
Advertisement
Kemenangan bukan sahaja mampu memperbaiki kedudukan Harimau Kumbang yang kini menghuni tangga ke-11 carta Liga Super, malah penting untuk menyuntik semangat serta motivasi pemain bagi baki pusingan pertama saingan.
Wan Rohaimi, bagaimanapun, mengesahkan terpaksa lupakan khidmat tonggak pertahanan, Adib Ra'op, yang berdepan penggantungan kad kuning sementara semua pemain lain bebas daripada sebarang isu kecederaan.
"Kami mengadakan persiapan paling rapi selama seminggu ini untuk bertemu Selangor.
"Mereka bukan mudah diatasi walaupun pincang. Mereka tetap Selangor.
"Penang kena ambil kesempatan kerana Selangor telah mengharungi jadual padat termasuk perlu berturut-turut bertandang ke tempat lawan.
"Kami tidak boleh kalah atau seri. Kami tidak mampu lagi untuk terus tercicir mata, lebih-lebih lagi bermain d hadapan penyokong sendiri.
"Kami perlu memungut tiga mata, tidak kurang daripada itu," katanya.
Kali terakhir skuad Haria Penang Haria mencatat kemenangan -- tunggal -- dalam kempen Liga Super ialah ketika mengatasi Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Bandaraya 4, Oktober lalu.