Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Negeri Sembilan akur perlu perketat bahagian pertahanan

keeper

Negeri Sembilan cemas seketika di laman sendiri selepas kebangkitan DPMM dalam babak kedua, malam tadi.

Sentuhan penyudah Christian Irobiso dan Hakeme Said nyata meragut keyakinan Negeri Sembilan yang bolos buat kali ketujuh sejak K. Rajan mengetuai pasukan.

Advertisement

"Ini sesuatu yang normal dalam bola sepak. Kami bolos banyak tapi ramai tidak cakap mengenai jaringan kami yang banyak.

"Sesetengah pasukan yang lain juga menjaringkan gol yang banyak dan masih dibolosi jadi ia bukan satu isu bagi saya.

"Cuma kami perlu perbaiki dalam soal pendekatan bertahan," kata pemangku ketua jurulatih skuad Jang itu.

Di kem pelawat, jaringan penyamaan Joseph Esso meranapkan kerja keras pelawat di benteng sepanjang saingan.

 

 

 

Keputusan pengadil jadi agenda utama DPMM selepas jaringan Jordan Murray dibatalkan sebaik babak kedua bersambung.

"Kami bangkit dan meledak tiga gol yang memukau, satu daripada dibatalkan.

"Ia satu matayang berharga untuk dibawa pulang dan sudah berusaha untuk memenangi perlawanan ini.

"Kami cemerlang dalam separuh masa kedua. Pemain lebih menguasai permainan dan membuat hantaran yang lebih berkualiti," kata ketua jurulatih DPMM, Jamie Mcallister.

 

Must Watch Video