Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini berkongsikan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.
Keputusan itu diambil susulan kekangan masa dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan jawatan sedia ada ketika ini.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
"FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus.
"FAM akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM.
"Sebelum ini, FAM telah mengumumkan pelantikan Dato' Sri Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang mana pengerusinya ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay." kongsinya.