Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Melaka tagih pengalaman Apek

fff

Khairul Fahmi Che Mat membuktikan gelaran 'kuda tua berbisa' masih layak disandang apabila pengalaman luas bekas penjaga gol Harimau Malaya itu menjadi faktor utama melaka mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Melaka, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, percaya kehadiran Apek mampu memperkukuhkan benteng akhir pasukan selain membimbing kepada barisan pemain muda menerusi pengalaman luas yang dimilikinya di pentas domestik dan antarabangsa.

"Dari separuh musim lalu lagi dia nak ke Melaka, tapi kehadirannya untuk mengisi slot terakhir penjaga gol berikutan Sam (Sommerville yang dipinjam) dari Selangor pula ingin berhijrah ke DPMM.  

"Melaka perlukan penjaga gol yang berpengalaman dan mungkin itu yang diperlukan Elavarasan.

"Dan kami baru mencuba pemain termasuk penjaga gol dalam perlawanan ujian bertemu Kelantan, baru-baru ini.

"Saya harap kami mencapai tangga kelima atau keenam pada musim ini," katanya.

Melaka tampil dengan kelainan untuk persiapan pramusim apabila membawa tiga kelab dari tiga negara berbeza untuk berentap dalam sebuah pertandingan empat penjuru di Melaka, pertengahan bulan ini.

Ia membabitkan Jurong FC dari Singapura, Phnom Penh Crown dari Kemboja dan Persik Kediri dari Indonesia, sekali gus jadi medan terbaik untuk menguji kekuatan pasukan sebelum sepak mula Liga-M.

"Kami lebih senang untuk menguji kekuatan dengan kelab luar supaya dapat buat perbandingan.

"Kelab ini adalah yang terbaik di negara mereka.

"Ini peluang kami untuk menguji pemain tempatan dan pemain import sebagai persiapan rapi menghadapi musim 2026/27," katanya.

Melaka akan membuka tirai saingan musim baru Liga Super di Gong Badak menentang Terengganu, dengan misi balas dendam ke atas dua kekalahan musim lalu. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video