Negeri Sembilan meraih satu mata selepas mengikat Kuala Lumpur (KL) City 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.
Meskipun bermain di tempat sendiri, namun skuad kendalian Nidzam Jamil gagal mencipta kemenangan, dan terpaksa menunggu sehingga minit akhir permainan untuk menyamakan kedudukan.
Advertisement
The City Boys bermula garang tatkala tampanan bekas penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman, mudah menewaskan pertahanan dan penjaga gol skuad kebangsaan, Azri Ghani, seawal minit keenam.
Masa Penuh | Negeri Sembilan FC 1-1 KL City FC
β½οΈKpah Sherman 6'
β½οΈJoseph Esso 90'#NSEKLC #NSFC #HobinJangHobin pic.twitter.com/wZqBTPeaB3β Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) December 20, 2025
Percaturan demi percaturan, dan pelbagai variasi serangan memuncak sepanjang aksi, tetapi ia tidak membuahkan hasil buat pasukan tuan rumah.
Dan, jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba selepas Joseph Esso menanduk masuk hantaran lintang Takumi Sasaki pada minit ke-90 untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan akhir permainan.
Sementara itu, Sabah dilanda badai ekoran kekalahan mengejut kepada wakil Brunei, DPMM.
KEPUTUSAN MASA PENUH | ππππΌ πππππ πππππ 2025/26
SABAH 1-3 DPMM
β½οΈ 76' Ajdin Mujagic#SabahFC #SabahMajuJaya #BangunlahBersatuSemua pic.twitter.com/DWpRQdA5LVβ Sabah FC Official (@SabahFCofficial) December 20, 2025
Usai kekecewaan dalam final Piala FA minggu lalu, termasuk kehilangan ketua jurulatih, Jean-Paul de Marigny, yang meletakkan jawatan minggu lalu memberi impak besar terhadap prestasi keseluruhan.