Skip to main content

Sukan SEA

Liga Super: KL City serba tak menjadi, JDT masih cari ramuan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, merumuskan barisannya 'serba tak menjadi' selepas tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi minggu ke-11 Liga Super, malam tadi.

Keputusan di cheras itu menyaksikan KL City terpaksa akur mengalami kekalahan sulung dalam kempen Liga Super musim ini.

Advertisement

Risto menerima kekalahan kepada JDT dengan hati terbuka, namun menggesa anak buahnya untuk segera bangkit dalam di Paroi ketika bertemu Negeri Sembilan, Sabtu ini.

Pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina itu mengakui skuad Warga Kota tidak boleh lagi keciciran mata jika berhasrat untuk terus menghuni kelompok atasan Liga Super.

"Hari ini kami tidak bertahan seperti kebiasaannya.

"Padahal dalam perlawanan yang berbeza, kami mampu mendominasi jadi ini satu perlawanan yang berbeza dan persiapan.

"JDT bermain dengan lebih baik. Kami perlu tutup bab ini dan mula memikirkan perlawanan seterusnya," katanya.  

Sementara di kem pelawat, pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz, menyifatkan masih terlalu awal untuk beliau memikirkan soal kejuaraan liga musim ini meskipun mereka kini memimpin carta dengan kelebihan 10 mata.

Tegas Munoz, fokusnya adalah untuk memastikan JDT sentiasa berada di tahap terbaik demi mencapai keputusan positif dalam setiap perlawanan yang diharungi.

"Kami masih cuba (mencari ramuan terbaik) memandangkan pasukan ini masih muda.

 

 

"Kami cuba situasi baru, lagipun saya baru lima bulan di sini.

"Tiada perlawanan yang mudah. Kami berdepan jadual padat dan ia bukan mudah.

"Saya akan teruskan cita-cita. Kami perlu lebih mantap dalam sesetengah situasi," katanya pula. 

Must Watch Video