KL CITY 2 KUCHING CITY 2
Kuala Lumpur (KL) City gagal menggugat Kuching City ketika kedua-dua kelab di tiga tangga teratas Liga Super itu berkongsi mata, sebentar tadi.
Advertisement
Safawi Rasid -- yang terlepas satu peluang berharga di depan gawang -- memadam kelebihan awal pelawat kendalian Aidil Sahrin Sahak itu dalam masa kecederaan babak pertama setelah tersentak dengan penyudah Ronald Ngah Wanja pada minit ke-30.
Aksi di Cheras makin hangat dalam separuh masa kedua, namun belum cukup untuk memuktamadkan rencana masing-masing di depan gawang.
Penalti atau tidak? 🤔
Kecoh di Stadium Cheras selepas pengadil perlawanan tidak memberikan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas Safawi Rasid dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Scott Woods! 😱#LigaSuper2526 #DemiLigaKita #IniPadangKita #KLCKUC pic.twitter.com/QrH4N51Nch— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) December 24, 2025
Hasrat KL City untuk memastikan mata penuh tergambar melalui gerakan-gerakan menarik dan tersusun.
Hanya dikecewakan dengan ketiadaan penyudah jitu selain rayuan sepakan penalti tidak memihak Safawi untuk keputusan kekal 1-1, sekali gus terikat 25 mata.