Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: KL City hasrat perkemas barisan pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

'Tiada istilah selesa.'

Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Risto Vidakovic, mengingatkan pasukannya agar kekal fokus bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2025/2026.

Advertisement

Tiada jaminan buat skuad Warga Kota untuk terus menghuni kelompok atasan liga tatkala perjalanan musim ini masih lagi panjang.

Jelasnya, kejayaan mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam sembilan perlawanan setakat ini adalah hasil kerjasama erat sepasukan.

Dia percaya andai disiplin serta momentum sedia ada dapat dikekalkan dalam setiap perlawanan, tidak mustahil untuk 'The City Boys' menamatkan kempen musim ini di kedudukan terbaik meskipun bakal mengharungi tiga perlawanan getir berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), Negeri Sembilan dan Kuching City pada akhir tahun ini. 

Pengendali kelahiran Bosnia Herzegovina itu turut memberi bayangan untuk mendapatkan khidmat beberapa muka baru menjelang jendela perpindahan kedua yang akan kembali dibuka bermula 5 Januari depan.

"Kami berdepan banyak masalah dalam pramusim.

 

 

 

 

"Kami dapat membentuk sebuah pasukan mantap menerusi (kelibat) pemain yang bagus, bola sepak ini mengenai pemain jadi pujian wajar diberikan kepada mereka.

"Jika boleh saya mahu ikat 1-2 pemain baru untuk memperkemaskan pasukan dan andai tidak, kami tetap mampu meneruskan cabaran," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
 

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video