Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kecoh insiden jurulatih, peminat Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Liga Super

Reaksi ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, selepas mengalami kekalahan di Stadium Hang Jebat sebentar tadi mencuri perhatian.

Nidzam kelihatan bertikam lidah ketika bersemuka dengan penyokong yang bertandang di tepi gelanggang selepas tumpas 0-2 kepada Melaka.

Advertisement

Dia cuba menjelaskan usaha pasukannya sebelum diterjah soal kegagalan mencipta kemenangan di tempat lawan oleh peminat, secara tidak langsung situasi semakin panas.

Kira-kira 2 minit kemudian, Nidzam yang ditenangkan oleh pegawai-pegawai skuad Jang berjalan menuju ke bilik persalinan.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video