Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Ini baru langkah pertama bina DNA Selangor -- Kim Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

KPG

Selangor memulakan era Kim Pan-gon dengan nota gembira apabila menewaskan DPMM 5-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hassanal Bolkiah, Brunei malam tadi.

Chrigor Moraes muncul pemain paling cemerlang dengan menjaringkan dua gol dalam setiap separuh masa sambil pemain kebangsaan, Nooa Laine, turut berada dalam senarai penjaring.

Advertisement

Bekas pengendali Harimau Malaya, Pan-gon, kembali ke tanah air selepas sah diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor pada Isnin lalu dan sentuhan pertamanya menyaksikan Gergasi Merah berhasil meraih kemenangan besar.

"Saya gembira dan menghargai semua pemain. Mereka sangat profesional dan bersemangat.

"Kami sedang membina cara baharu bagi Selangor. Hari ini merupakan langkah pertama.

"Kami cuba untuk menerapkan DNA yang tepat.

"Kami akan terus mara ke hadapan dan berkembang sedikit demi sedikit," katanya. 
 

Must Watch Video