Selepas berjaya mengesahkan tiket ke final Piala FA, Kuching City melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Paroi sebentar tadi.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak diketuai penyerang Australia, Dylan Wenzel-Halls sementara Azri Ghani kembali memikul tugas sebagai penjaga gol utama pasukan tuan rumah.
Seawal minit kelima Kuching City mendahului menerusi Safawi Rasid sebelum kapten pasukan, James Okwuosa, menggandakan kelebihan pelawat pada minit ke-37.
Bersambung separuh masa kedua Negeri Sembilan memasukkan dua peledak import, Yusuke Minagawa dan Aboubakar Kamara serta Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal untuk mengubah momentum perlawanan.
Sang Rusa dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-81 namun penalti Luqman Hakim Shamsudin dinafikan Haziq Nadzli.
Negeri Sembilan berusaha mencari jaringan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.