Skip to main content

Badminton

Kenneth Jonassen hampa prestasi Jun Hao tiada perubahan

Kenneth Jonassen hampa prestasi Jun Hao tiada perubahan
Advertisement

'Dia tahu keperluan untuk beraksi cemerlang tetapi itu tidak berlaku', Ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, hampa tiada perubahan yang mampu ditonjolkan perseorangan negara, Leong Jun Hao dalam peluang terakhirnya di Terbuka Hong Kong dengan sasaran sekurang-kurangnya pentas suku akhir.

Jonassen meletakkan sepenuh tanggung jawab kepada Jun Hao di atas apa yang telah berlaku selepas membuka peluang sejak 24 bulan lalu namun hasilnya kekal menghampakan.

Advertisement

"Apa yang boleh saya kongsi sejak 24 bulan, corak keputusan yang sama di mana saya boleh katakan dirinya sudah berada mencapai had dalam kemampuannya," kata Kenneth.

"Jika tahap fizikalnya tidak meningkat ke dua atau tiga tahap lebih tinggi, sukar untuk kekal kompetitif. Apa bila bercakap mengenai peningkatan fizikal, segalanya bergantung kepada pemain."

Advertisement

Jonassen menegaskan keadaan dan penilaian terkini prestasi Jun Hao sudah di serahkan kepada pihak pengurusan serta tidak menolak bakal ada keputusan menjelang mesyuarat lembaga pada Disember.

Antara yang bakal dibincangkan adalah rombakan dan penstrukturan semula barisan pemain serta jurulatih kebangsaan.

"Anda boleh diberikan program terbaik dunia, tetapi pemain itu sendiri perlu berdedikasi tinggi mencapai tahap yang ekstrem ini. Jun Hao sendiri menyedari perkara ini."

Melihat prestasi Jun Hao tahun ini di Jelajah BWF, daripada 15 kejohanan yang disertai, Jun Hao tidak mampu melepasi pusingan kedua dalam kesemuanya, dengan hanya lima penampilan di pusingan 16 terakhir termasuk di Terbuka Malaysia dan Seluruh England.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video