Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Selangor II terus unggul di puncak liga meskipun akur tewas tipis kepada JDT II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SELANGOR

Saingan minggu ke-15 Liga A1 Semi-Pro 2025/26 menyaksikan Selangor II yang kini berada di takhta liga, dikecewakan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, 0-1 di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah turun dengan misi untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta liga, malah hampir memecahkan kebuntuan jaringan pertama pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Abu Khalil.

Advertisement

Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat babak pertama perlawanan.

 

 

 

Dalam babak kedua pula menyaksikan, JDT II terus garang menyerang sehingga membuka tirai jaringan pada minit ke-48 menerusi Celso Bermejo yang menyambar hantaran daripada sepakan percuma.

Tersentak dengan jaringan pasukan pelawat, skuad Shaiful Nizam itu ghairah mencari gol penyamaan dan dalam penghujung babak perlawanan.

Rembatan Nazwan Abdullah hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya dihadang kemas Zulhilmi Sharani untuk keputusan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Harimau Selatan merapatkan jurang dengan pendahulu liga.

Must Watch Video