Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Misi wajib menang The Bos Gaurus di Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak

Menjelang perlawanan minggu ke-17, Liga A1 Semi-Pro di antara Kedah menentang Perak yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Selepas kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) City dalam kempen Piala Malaysua tempoh hari, The Bos Gaurus ternyata mempunyai momentum terbaik dan barisan pemain dalam kondisi terbaik untuk mencipta kemenangan ke atas Sang Kenari.

Advertisement

Bagi ketua jurulatih Perak, Syamsul Saad sedar bahawa jadual padat memaksanya untuk menggunakan kaedah penggiliran pemain di dalam pasukannya. Malah, dia berharap agar 'ubi muda' dalam pasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik nanti.

 Malah, dia menjelaskan bakal hadir ke Darul Aman dengan misi wajib menang selepas terlepas meraih mata penting dalam perlawanan sebelum ini.

 

 

"Saya yakin KL City hanya menggunakan separuh kekuatan mereka kerana di bangku simpanan banyak pemain tidak beraksi sebelum ini.

"Berdepan Kedah, saya rasa tahap mereka tidak setanding KL City, cuma sudah enam dan tujuh aksi kami banyak buang mata.

"Jadi malam esok kami perlu pergi dengan misi untuk menang, mungkin cara yang sama dan lebih banyak menyerang daripada bertahan." katanya.

Must Watch Video