Johor Darul Ta'zim (JDT) II meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah Seoul Phoenix 9-0 dalam saingan Liga A1 Semi-Pro di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang, semalam.
Bermula dengan enam jaringan pada separuh masa pertama, sebelum tiga lagi gol muncul pada babak kedua memaksa pihak lawan akur dengan dominasi pelapis Harimau Selatan sepanjang perlawanan.
Advertisement
Ketua jurulatihnya, Josep Ferre Maria, mengakui terkejut apabila berdepan pasukan yang sangat berbeza berbanding Seoul Phoenix yang dihadapi pada pusingan awal lalu
"Kami mencipta banyak peluang. Kami boleh mendapat lebih banyak jaringan.
"Kami datang ke Sepang untuk melaksanakan tugasan dan meraih kemenangan.
"Tetapi, ini belum selesai. Kami harus mengekalkan fokus untuk bermain pada aksi seterusnya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Ketika ini, JDT II berada di tempat kedua sambil berkongsi mata dengan pendahulu, Selangor II.